Ingin Untung Besar Melalui Pelaburan? Jom Belajar Melabur Hari Ini!

pelaburan

Pada zaman moden ini, terdapat dua cara untuk menjana wang di iaitu dengan memperoleh pendapatan melalui pekerjaan atau mengembangkan aset melalui pelaburan. 

Pelaburan boleh merangkumi pelbagai pilihan seperti saham, hartanah, dan emas. 

Amalan melabur adalah sangat penting untuk kemaslahatan masa depan anda. 

Tidak pernah terlambat untuk anda mula melabur. 

Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk ketahui tentang pelaburan dengan lebih lanjut!

Apa itu Pelaburan?

Melabur adalah salah satu cara untuk meningkatkan aset anda. 

Matlamat pelaburan adalah untuk membeli sesuatu pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. 

Dalam kata lain, anda berpeluang untuk mendapat pulangan wang berkali ganda dalam pelaburan anda. 

Oleh itu, anda harus ketahui kebaikan melabur. 

5 Kelebihan Pelaburan

  1. Pulangan dalam jangka masa panjang 

Walaupun wang tunai lebih selamat daripada saham, pulangannya agak sedikit dalam jangka panjang. 

Melabur di pasaran saham dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang dengan tahap risiko yang lebih tinggi. 

Harga saham yang berubah dengan cepat dalam jangka masa yang singkat tidak semestinya merupakan satu perkara yang buruk. 

Malah, turun naik dalam pasaran saham kadangkala merupakan peluang kepada pelabur untuk membeli saham dengan harga yang lebih murah serta mendapat pulangan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

  1. Pulangan mengatasi kadar inflasi

Untuk menjadikan simpanan anda bertambah dari masa ke semasa, kadar pulangan selepas cukai mestilah lebih besar daripada kadar inflasi.

Walau bagaimanapun, kadar faedah yang rendah sejak kebelakangan ini menjadikan kita sukar untuk mencari akaun simpanan yang dapat memberi pulangan melebihi kadar inflasi semasa. 

Oleh itu, anda haruslah mempertimbangkan setiap pelaburan yang berpotensi mengatasi inflasi. 

  1. Memberi pendapatan tetap

Sekiranya anda sudah bersara atau sedang menghampiri frasa persaraan, anda mungkin mencari sesuatu yang dapat memberi pendapatan tetap untuk menampung perbelanjaan hidup harian.

Terdapat pelbagai pelaburan seperti ekuiti, bon dan harta tanah yang dapat memberikan pendapatan tetap yang kebiasaannya adalah lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Jike anda mempunyai ilmu yang mencukupi dan mendalam mengenai pelaburan, keuntungan yang diperoleh adalah tiada batasan. 

Malah, tidak mustahil untuk anda meraih keuntungan 100%. 

  1. Boleh Dilakukan Secara Part Time 

Anda tidak perlu berhenti kerja untuk melabur atau tergesa-gesa membeli saham. 

Analisa saham anda boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. 

Setelah anda yakin dengan pembelian yang ingin dibeli, pembelian boleh dilakukan secara online menggunakan smartphone anda. 

  1. Memenuhi keadaan kewangan 

Oleh kerana keadaan kewangan anda sentiasa berubah, anda boleh mengubah cara pelaburan untuk memenuhi keperluan anda. 

Sebagai contoh, anda boleh melaburkan jumlah sekaligus atau jumlah tetap yang lebih kecil dalam rancangan pelaburan bulanan.

Sekiranya anda mempunyai wang, anda boleh mula melabur dengan segera. 

Semakin cepat anda melabur, semakin lama pelaburan bertambah. 

Bagi alternatif lain, anda juga boleh melaburkan jumlah tetap setiap bulan. Ini dapat membantu mengatasi turun naik pasaran saham terutamanya di pasaran yang tidak menentu.

Ingin ketahui cara melabur dengan lebih lajut? Teruskan membaca!

Jom Belajar Melabur Dengan TFSolution!

  1. Forex Trading

Cara melabur forex adalah mudah. 

Forex adalah dimana anda boleh membeli matawang dengan harga satu harga atau harga yang lebih rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. 

Tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan.

Dalam kursus Forex Trading 101, anda akan mempelajari segala-galanya mengenai Forex.

Anda akan diberi bimbingan selangkah demi selangkah Kami akan membimbing anda selangkah demi selangkah dari peringkat awal sehingga akhir. 

Dalam masa kurang dari 24 jam, anda dapat menguasai ilmu berniaga yang memberi keuntungan.

  1. Crypto Trading 101 

Matawang crypto merupakan bentuk pembayaran secara dalam talian untuk transaksi pertukaran barang dan perkhidmatan.

Ia adalah aset digital yang direka berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan cryptography.

Sistem ini digunakan untuk menjamin transaksi dalam talian dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang.

Kursus Crypto Trading 101 akan memberi anda kelebihan yang luar biasa berbanding pembeli saham lain. 

Anda akan diberi pendedahan mengenai asas-asas cryptocurrency, teknologi blockchain, pengaturan sistem pelaburan, dan jumlah wang yang diperlukan untuk memulakan pelaburan dalam 24 jam.  

  1. Stock Trading 101

Stock trading merupakan satu bentuk pelaburan yang mengutamakan keuntungan jangka pendek berbanding keuntungan jangka panjang. 

Tanpa pengetahuan yang mendalam, jenis pelaburan ini mungkin berisiko. 

Kursus Stock Trading 101 dapat membantu anda memahami pelaburan dengan lebih medalam. 

Program ini bukan sahaja mengajar anda asas-asas pelaburan, tetapi juga apa yang telah terbukti berkesan. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk melabur mengikut kesesuaian anda. Jadilah pelabur yang bijak.

Sudahkah anda membuat keputusan apa yang hendak dilaburkan?

Dengan TfSolution, anda berpeluang untuk menjadi pelabur yang berjaya dalam masa yang singkat!  

Cepat! Rebutlah peluang ini dan belajar cara untuk menjadi seorang pelabur profesional dengan TfSolution.

TFSolution merupakan Platform Pembelajaran dalam talian dengan industri kewangan yang beranggaran USD 375 Billion menjelang tahun 2026. 

Kami menyediakan kursus latihan pendidikan yang menumpukan kepada Penyelesaian Kewangan. 

Visi kami adalah menjadi Platform E-Pembelajaran Literasi Kewangan yang Diakui supaya perantis kami dapat memperoleh dan mempraktikkan pengetahuan kewangan mereka dengan cara yang paling berkesan dan dipercayai. 

Hubungi Kami Sekarang!